Sunday, March 30, 2014

IBU NEGERI PULAU PINANG

George Town atau Georgetown adalah ibu negeri Pulau Pinang, Malaysia. Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light, George Town adalah bandaraya yang ketiga terbesar di Malaysia yang terletak di utara tanah air selepas Kuala Lumpur & Johor Bahru dengan bilangan penduduk melebihi 700,000 orang. Georgetown terletak di timur laut Pulau Pinang, dan merupakan sebuah tanjung yang dipisahkan dengan Seberang Perai di tanah besar Semenanjung Malaysia oleh Selat Utara. Di bahagian barat Georgetown terdapat kawasan berbukit, di mana terletaknya Bukit Bendera, puncak tertinggi di Pulau Pinang. Di bahagian utara pula terdapat pantai-pantai berpasir seperti Tanjung Bungah dan Batu Ferringhi. Bandar-bandar satelit George Town termasuklah Air Itam, Bayan Lepas, Gelugor, Jelutong, Sungai Dua, Sungai Nibong, Tanjung Tokong dan Tanjung Bungah. Zon Metropolitan Georgetown yang merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang; Butterworth, Kepala Batas, Bukit Mertajam dan Batu Kawan di Seberang Perai; Sungai Petani ,Kulim dan Serdang diKedah, serta bandar-bandar di utara negeri Perak dengan penduduk melebihi 2,500,000 orang merupakan meroplitan kedua terbesar di Malaysia selepas Lembah Klang. Georgetown pernah menjadi bandar raya terpenting di Semenanjung Malaysia dengan memainkan peranan sebagai pusat kewangan dan pelabuhan, iaitu sebelum pembangunan Kuala Lumpur. Georgetown adalah bandar raya tertua di Malaysia selepas Ratu Elizabeth II memberikan status bandar raya pada 1 Januari 1957. Pihak berkuasa tempatan bagi Bandaraya Georgetown adalah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah ditubuhkan pada 1976, bagi menggantikan Majlis Bandaraya George Town. Pusat bandar George Town merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Pada asalnya penduduk Melayu yang menjadi penetap awal Georgetown memanggil kawasan ini sebagai "Tanjung Penaga". Dipercayai nama Tanjung Penaga ini berasal dari tumbuhan penaga laut (Calophyllum inophyllum), yang juga dikenali sebagai Alexandrian Laurel. Pokok penaga laut dipercayai pernah tumbuh meliar di kawasan itu suatu ketika dahulu.


No comments:

Post a Comment