Saturday, May 24, 2014

PAMERAN

Untuk minggu akhir, kami perlu membuat persiapan untuk pameran RINTIS di School of Art USM. Disini kami akan mempertontonkan projek kami kepada pengunjung. Persiapan yang perlu kami lakukan antaranya membuat tong sampah menggunakan moutingboard. Pada mulanya kami ingin mengambil tong sampah yang sedia ada diUSM namun kami pun tidak sanggup untuk menghidu bau tersebut apa lagi pengunjung yang datang. Dipameran tersebut kami juga kena sertakan panel, report, dan video yang kami dapat semasa test di georgetown sebelum ini.









antara perkara yang saya sebut semasa perbentangan pada hari tersebut adalah kami 'sangat happy membuat projek ini kerana banyak perkara yang saya telah pelajari. walaupun kami penat, kami mendapat feedback yang sangat positif dari pengunjung. Kami juga agak terlewat semasa membuat persiapan pameran kerana mempunyai komitmen ynag lain. Namun kami dapat membuat dengan jayanya.

sekalung jutaan terima kasih diucapkan kepada DR NURUL.


TEST

Untuk melihat keberkesanan projet kami, kami telah membuat percubaan produk kami dibeberapa tempat. Antaranya, disekitar USM, dan sekitar georgetown. semasa kami membuat percubaan ini, kami telah mendapat banyak feedback dari pelancong luar dan dalam negara. Perasaan yang sangat seronok terpancar diwajah walaupun agak penat.







 kami mencuba di kawasan cafe aman damai






 beliau memberitahu kami agar meletakkan hak cipta pada semut agar ia tidak di curi oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

kami juga mencuba di lebuh acheh berdekatan masjid acheh






dikawasan USM jalan SOLLAT

MODEL MAKING


Process seterusnya adalah model making. model making dibuat apabila Dr Nurul telah bersetuju dengan bentuk semut yang kami tunjukkan sebelum ini. Namun begitu, saiz yang kami gunakan untuk semut sebelum ini agar besar dan kami terpaksa mengecilkan agar sesuai untuk diletakkan di goergetown nanti.
Kami sebulat suara membuat keputusan untuk menggunakan warna kuning pada semut kami supaya dapat memudahkan orang yang lalu untuk melihat. Kami juga membuat semut tersebut menggunakan soft putty yang sedikit tebal agar semut tersebut lebih kuat.












inilah rupa semut kami selepas di spray

PROTOTAIP


Prototaip adalah model yang digunakan untuk menilai dari segi saiz sebenar, warna yang digunakan dan nilai astetika produk tersebut. Bagaimanapun, prototaip tidak menggunakan bahan yang sebenar untuk membuat model, ianya digunakan bahan yang sesuai tetapi bahan tersebut perlu menjadikan prototaip seakan bahan sebenar. Sebelum ini, Dr Nurul ada menyuruh kami untuk membuat prototaip 'semut' agar kami dapat menilai kesesuaian produk kami. Jadi kami menggunakan form hijau untuk membuat bentuk sebelum menggunakan soft putty untuk menguatkan dan melicinkan.


 forn hijau tersebut perlu di gosok menggunakan kertas pasir untuk mendapatkan bentuk yang sesuai.
 bentuk semut yang terhasil selepas menggosok
 forn tersebut perlu dibersihkan habuk sebelum dicat
 selepas forn hijau tersebut dicat oleh cat putih

 proses meletak kaki semut yang dgunakan dawai
soft putty
ini hasilnya!!