Setelah selesai process mokup, kami akan dinilai oleh Dr Nurul untuk memastikan projek kami ini boleh diteruskan atau kami perlu mengubah perincian melalui mokup tersebut. Antara perkara yang dititik beratkan oleh Dr Nurul adalah saiz 'semut' yang kami gunakan sesuai atau tidak diletakkan pada tong sampah.
Selain itu, warna yang digunakan juga merupakan faktor penting. Hal ini kerana apabila kami menggunakan warna yang tidak menarik pada 'semut',ia tidak akan memberi kesan pada pengguna.
Antara bahan yang digunakan semasa process penilaian dari Dr Nurul
Dr Nurul memberi penerangan mengenai perkara yang perlu kami tekankan untuk menarik pengguna agar projek kami tidak hanya dianggap sebagai 'streetart'.
Selesai perbincangan, Dr Nurul terima projek kami dan beliau menyuruh agar kami dapat membuat satu prototaip 'semut' supaya kami dapat melihat ukuran saiz yang sebenar sebelum membuat model.
No comments:
Post a Comment